Sukan Sea: Kayuhan Junaidi ulangi pencapaian

Berita Harian

JUNAIDI Mohamad Nasir, berjaya mengembalikan kegembiraan yang terlakar di Manila dua tahun lalu apabila meraih emas dalam acara pecut berpasukan bersama Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Edrus Md Yunus.

Dengan catatan masa 1 minit 03.03 saat, pasukan ini terus melakar satu lagi rekod kebangsaan memadamkan rekod yang dicatatkan 1:04.102s di Kejohanan Asia baru-baru ini.

Junaidi yang menjadi nadi dalam acara itu menegaskan dia berjaya menyerap segala rasa gemuruh bagi mengemudi pasukan untuk meraih kejayaan.

 

“Saya hanya fikir untuk dapatkan emas, tidak kira apa jua berlaku kerana mahu menang. Saya amat bersyukur dapat mengulangi kejayaan di Filipina dua tahun lalu,” kata pemuda 23 tahun dari Pontian, Johor.

Sementara itu, tempat kedua diraih pasukan Thailand dengan masa 1:05.08s dan Indonesia di tempat ketiga dengan 1:05.425s.

Bagi Azizul, kemenangannya semalam menjadi satu lagi bonus selepas memenangi perak dalam acara satu kilometer individu di belakang Mohd Rizal Tisin.

Demam saya sudah mula sembuh dan dapat bersaing baik hari ini,” katanya semalam.

Sementara itu, Edrus berkata kejayaan meraih emas menjadi bonus yang amat bermakna untuk dirinya kerana kali pertama menyertai Sukan Sea.

~ by missjewelz on December 18, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: