Sukan Sea: Gavin Urquhart letak jawatan

Berita Harian

Selepas usaha bawa tunangnya bekerja dengan MSN tidak menerima jawapan

JURULATIH renang, Gavin Urquhart menyatakan dia sudah meletakkan jawatan selepas usahanya untuk membawa tunangnya bekerja dengan Majlis Sukan Negara (MSN), tidak menerima sebarang jawapan.

Surat peletakan jawatannya itu sudah diserahkan kepada Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) dan juga kepada MSN.

 

Urquhart dilantik menjadi jurulatih negara sejak 2005 dan menyerahkan surat peletakan jawatannya itu pada Ogos lalu.

Kontraknya selama dua tahun tamat selepas Olimpik Beijing 2008.

“Saya menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada Ogos lalu hanya atas satu sebab iaitu saya berjauhan dengan tunang saya yang berada di Australia dan dia sudah pun menamatkan pengajiannya dalam sains sukan.

“Saya memohon supaya dia diterima masuk bekerja dengan MSN tetapi sehingga kini mereka belum memberikan sebarang jawapan.

Disebabkan itu, katanya, dia mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan kembali ke pangkuan keluarga selepas lama terpisah.

“Saya tidak mempunyai sebarang pertelagahan dengan Asum atau MSN dan saya juga mendapat tahu mereka ada berhubungan dengan seorang jurulatih Australia.

“Bagaimanapun, buat masa ini saya tidak dapat mendedahkan siapa jurulatih itu kerana rundingan masih dijalankan,” katanya.

Urquhart sebelum ini turut melatih Khoo Cai Lin untuk memenangi emas acara 400 meter gaya bebas dan selepas bermula sebagai jurulatih kontrak selama enam bulan, dia membuktikan kemampuannya untuk meningkatkan mutu pasukan renang negara sejak dua tahun lalu.

Daniel Bego, Melvin Chua, Eric Chang dan Cai Lin adalah antara perenang yang berlatih sepenuh masa di Pusat Akuatik Bukit Jalil ketika Urquhart mengambil alih latihan di situ tahun lalu.

Pusat latihan itu kini mempunyai 14 perenang sepenuh masa dan Daniel berjaya layak ke Olimpik dalam acara 200m kuak kupu-kupu dan gaya bebas.

Terbaru, Cai Lin turut layak ke Olimpik menerusi kategori B pada Sukan Sea di Korat.

Dan, lima emas dan tiga rekod kejohanan baru di Korat, membuktikan kemampuan Urquhart melatih pasukan negara.

Cetak artikel

~ by missjewelz on December 18, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: