Thailand halang ekuestrian sapu bersih

Utusan Malaysia, 16/12/2007

PATTAYA – Thailand menghalang Malaysia daripada menyapu bersih kesemua pingat emas ekuestrian apabila memenangi dua acara terakhir iaitu eventing berpasukan dan individu di Kelab Polo Thai semalam.

Selepas memenangi kesemua empat pingat emas dalam acara dressage dan show jumping individu dan berpasukan, Malaysia hanya mampu meraih satu perak dalam acara berpasukan dan satu gangsa menerusi Amir Zulkefle dalam acara eventing individu.

Sebelum berlangsung pusingan akhir, pasukan Filipina telah menarik diri kerana mendakwa berlakunya pengadilan berat sebelah, meninggalkan hanya Malaysia dan Thailand untuk bersaing merebut pingat.

Dalam acara berpasukan Thailand diwakili Tanin Pichaikarn, Weerapat Pitakanonda, Wisarut Tangplan dan Nina Ligon manakala Malaysia membariskan Edric Lee, Lingesparan Suppiah, Amir dan Johari Lee.

Dalam acara individu pingat emas dimenangi penunggang Thailand, Nina Ligon dan perak oleh rakan senegaranya Promton Pichaikarn.

Pengurus pasukan Malaysia, Dr. S. Selvarajah berkata pungutan pingat pasukan ekuestrian Malaysia telah mengatasi sasaran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu dua pingat emas.

Walaupun ekuestrian dibayangi pengadilan berat sebelah, Malaysia masih mampu menang empat emas, dua perak dan satu gangsa, prestasi terbaik dalam sejarah ekuestrian negara, katanya.

Pada Sukan SEA ke-24 ini, jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil mencipta sejarah dengan kejayaan empat pingat emas untuk kali kedua selepas melakukannya kali pertama di Kuala Lumpur pada 2001.

Penunggang berusia 27 tahun itu menang acara dressage dan show jumping individu selain membantu Malaysia menang acara berpasukan.

– Bernama

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: