Silat mengecewakan

Utusan Malaysia,17/12/2007

KORAT – Antara acara yang dipertandingan pada Sukan SEA Ke-24, pencak silat muncul sukan yang mencatat pencapaian paling mengecewakan.

Tanpa sebarang pingat emas mengesahkan bahawa ia prestasi terburuk pernah dicatat silat sejak 1997. Sepuluh tahun lalu di Indonesia silat juga mengalami kekecewaan yang serupa.

Pencapaian satu perak dan enam gangsa di sini jelas sama sekali gagal mencapai sasaran tiga emas yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN).

Seperti biasa, mutu pengadilan yang rendah menjadi alasan kegagalan pencak silat dan ia perlu diterima dengan hati terbuka terutama dengan statusnya sebagai sukan subjektif yang paling mudah dieksploitasikan.

Masalah sembilan juri dari Indonesia yang dipertikaikan kehadiran mereka menguatkan lagi tanggapan betapa silat kini dikuasai oleh satu pihak tertentu yang berkepentingan dan ada kaitannya dengan badan sukan mereka di peringkat Asia.

Bagi Malaysia, kemampuan meraih satu perak menerusi Rina Jordana Adnan yang tewas kepada pesilat Indonesia di perlawanan akhir kategori bawah 50kg sesuatu yang memang sudah dijangka.

Begitu juga dengan enam gangsa dimenangi Mastura Sapuan (65kg ke atas wanita), Wan Nurul Hidayu Wan Abdul Razak (bawah 55kg wanita), Malini Mohamad (bawah 60kg wanita), Ahmad Shahril Jailudin (bawah 65kg lelaki), Emy Latip (bawah 65kg wanita) dan Faizal Abdullah (bawah 80kg lelaki).

Kemuncak kepada kegagalan skuad pencak silat negara adalah pengguguran acara kategori terbuka lelaki yang dilakukan di saat akhir ketika mesyuarat pengurus pasukan oleh jawatankuasa teknikal silat Sukan SEA

~ by missjewelz on December 17, 2007.

One Response to “Silat mengecewakan”

  1. Moga fakulti silat menjadi kenyataan di universiti. Moga silat terangkat martabatnya di dunia Melayu dan tamadun bangsa terus terbela.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: