Polo lengkapkan

Utusan Malaysia, 16/12/2007

KORAT – Sukan kuda polo melengkapkan kejayaan gemilang kontinjen negara pada Sukan SEA Ke-24 apabila menjadi penyumbang pingat emas yang ke-68 dan terakhir temasya di Bangkok, semalam.

Kejayaan menewaskan Singapura 9-3 pada perlawanan akhir itu hadir setengah jam sebelum acara penutupan rasmi dilakukan Perdana Menteri Thailand, Surayud Chulanont di sini.

Yang paling gembira dengan kejayaan itu sudah tentulah pengurus pasukan polo negara, Ahmad Jamili Abd. Rashid yang bangga kerana pasukannya menerima penghormatan sebagai penyumbang terakhir pingat emas untuk negara.

“Kita bukan sahaja menepati sasaran tetapi turut mengakhiri penantian 24 tahun untuk menikmati semula pingat emas berikutan polo sentiasa digugurkan daripada dipertandingkan pada Sukan SEA.

“Tentulah kejayaan ini sesuatu yang agak sentimental buat kami kerana sudah lama kita tidak mengecapi keseronokan seperti ini,” katanya.

Kali terakhir polo dipertandingkan ialah pada Sukan SEA 1983 di Singapura di mana ketika itu Malaysia yang diperkuatkan Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Muda Pahang muncul juara dengan menewaskan pasukan tuan rumah

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: