Olahraga penyelamat di sebalik keegoan KOAM

Utusan Malaysia, 17/12/2007

KORAT – Olahraga tetap menjadi penyumbang utama pingat negara pada temasya Sukan SEA edisi ke-24 walaupun pada dasarnya tidak memenuhi hasrat dan ego tinggi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang mahukan 10 emas.

Sepanjang lima hari pertandingan, skuad negara hanya meraih tujuh emas – jumlah yang bagaimanapun menepati sasaran Majlis Sukan Negara (MSN). Dua daripada emas itu disumbang melalui acara 20km jalankaki apabila Yuan Yufang menjuarai kategori wanita dan Teoh Boon Lim kategori lelaki.

Jelas Malaysia terus mengekalkan status sebagai kuasa lumba jalan kaki Asia Tenggara. Malah di Filipina dua tahun lalu, kita menang menerusi Yufang dan Mohd. Shahrulhaizy Abd. Rahman.

Kuartet 4x400m lelaki negara pula mengakhiri kemarau kejayaan 10 tahun dalam acara itu untuk menghadiahkan emas. Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara lari berganti-ganti itu ialah pada 1997 di Indonesia.

Namun atlet yang mengecapi kejayaan paling manis di Sukan SEA kali ini ialah Rayzam Shah Wan Sofian yang bukan sahaja memenangi emas acara 110 meter lari berpagar malah turut memecahkan rekod Sukan SEA walaupun kali pertama beraksi pada temasya dwi-tahunan ini.

Catatan masa 13.91s memadamkan rekod lama 13.92s yang dipegang atlet Thailand yang turut ditewaskannya di sini. Bagaimanapun catatan itu masih jauh daripada rekod kebangsaan 13.73s milik Nur Herman Majid sejak 13 tahun lalu.

Pingat emas lainnya diperoleh menerusi Siti Shahidah Abdullah (lontar tukul besi wanita), Roslinda Samsu (lompat bergalah wanita) dan Lee Hup Wei dalam lompat tinggi lelaki.

Manakala tiga acara yang diharap KOAM menang emas tetapi terlepas adalah menerusi Moh Siew Wei (100m lari berpagar wanita), Ngew Sin Mei (lompat kijang wanita) dan Muhammad Zaiful Zainal Abidin (400m lelaki).

Siew Wei dan Sin Mei merupakan juara bertahan acara masing-masing dan hanya menang perak di sini. Zaiful pula diletakkan harapan menang emas selepas ketiadaan Noraseela Khalid dan Shahadan Jamaluddin yang menarik diri akibat kecederaan sebelum temasya berlangsung.

Apa pun olahraga merupakan sukan yang perlu terus diberikan perhatian oleh MSN.

– Utusan

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: