Malaysia cemerlang

Utusan Malaysia-16/12/2007 

KORAT – Majlis Sukan Negara (MSN) menyifatkan pungutan 68 pingat emas, 52 perak, 96 gangsa dan berada di tempat kedua keseluruhan di Korat sebagai pencapaian terbaik kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA yang dipertandingkan di luar negara.

Satu-satunya kejayaan kontinjen negara menduduki tempat kedua dalam senarai pungutan pingat pada temasya yang berlangsung di luar negara sebelum ini ialah pada 1999 di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Pencapaian terbaik Malaysia secara keseluruhan ialah pada 2001 dengan mengumpul 111 emas, 75 perak dan 85 gangsa tetapi ketika temasya ini berlangsung di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, pencapaian itu banyak dibantu kecemerlangan enam jenis sukan dan mengatasi kejayaan terbaik sebelum ini, iaitu di Filipina dua tahun lalu dengan 61 emas, 49 perak dan 65 gangsa serta tempat keempat di belakang Filipina, Thailand dan Vietnam.

“Pencapaian ini juga telah mengatasi sasaran awal, 64 emas yang dipersetujui oleh MSN dan Majlis Olimpik Malaysia pada akhir November lalu dengan enam sukan cemerlang sebagai penyumbangnya ialah akuatik (renang dan terjun), bola keranjang, biliard dan snuker, ekuestrian, karate dan pelayaran.

“Renang mencapai kenaikan emas sebanyak 140 peratus manakala 233.33 peratus bagi terjun sementara 200 peratus oleh empat sukan selebihnya,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Sebelum memulakan sidang berkenaan, Zolkples turut memberitahu beliau baru sahaja menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman yang menyampaikan ucapan tahniah bagi pihak Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

“Sukan yang mencapai sasaran 100 peratus pula ialah olahraga, boling, polo, gimnastik artistik, hoki, skuasy, taekwondo, triatlon, wusyu dan boling padang sementara enam sukan yang gagal melakukannya ialah memanah, badminton, berbasikal, gimrama, menembak dan pencak silat.

“Yang dianggap tiada pencapaian ialah polo air, besbol, tinju, kenu, lawan pedang, bola sepak, futsal, golf, bola baling, judo, mendayung, ragbi, luncur angin, sofbol, pingpong, tenis, bola tampar pantai, angkat berat, bina badan, sukan tari, petanque dan lumba perahu tradisi,” katanya.

Menurut Zolkples, pencapaian ini juga dianggap menakjubkan kerana atlet program MSN hanya menyertai 264 daripada 475 acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Korat mencipta peluang Malaysia memenangi emas cuma 55.58 peratus.

Turut menggembirakan MSN ialah bagaimana kontinjen negara yang dalam keadaan terdesak memburu sasaran emas itu masih mampu melakukannya menerusi karate, boling padang, bola keranjang, gimnastik, terjun malah memintas Vietnam..

“Saya sangka mulanya kita hanya akan kekal di tempat ketiga tetapi sehingga hari terakhir (semalam), Vietnam dapat dikekang dalam terjun dan kita berjaya menerusi gimrama dan polo untuk memintas dan merampas tangga kedua pungutan pingat Sukan SEA Korat,” katanya.

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: