Lumba basikal tidak menghampakan

Utusan Malaysia, 17/12/2007

KORAT – Di sebalik kegagalan mencapai sasaran enam emas pada Sukan SEA Ke-24 di sini, acara berbasikal mempamerkan banyak peningkatan terutama yang membabitkan prestasi pelumba-pelumba trek negara.

Kejayaan membawa pulang empat emas masih merupakan satu pencapaian yang tidaklah seburuk nasib yang menimpa silat, bola sepak, angkat berat dan badminton. Malah ia menyamai pencapaian temasya dua tahun lalu di Filipina.

Seperkara yang boleh dibanggakan sepanjang acara ini berlangsung adalah keupayaan kuartet 4km kejar mengejar lelaki negara yang bukan sahaja menang emas tetapi turut memecahkan dua rekod sekaligus iaitu, rekod kebangsaan dan rekod Sukan SEA.

Catatan masa 4min:27.919s menerusi gandingan Amir Mustapha Rusli, Jasmin Ruslan, Akmal Amrun dan Mohd. Harif Salleh memadamkan sama sekali rekod lama kebangsaan acara ini iaitu 4min:34s dan rekod lama Sukan SEA ialah 4min:31s

Malah ini kali pertama dalam karier empat pelumba terbabit berjaya mencatat masa bawah 4min:30s yang turut mengejutkan jurulatih mereka sendiri, Ng Joo Ngan.

Selain itu, prestasi pelumba pecut trek kita juga ternyata jauh lebih baik daripada pelumba Asia Tenggara lain dengan Josiah Ng dan Azizul Hasni Awang terlalu unggul untuk ditewaskan.

Dalam acara 200m pecut itu, kita mudah menguasai kedudukan 1-2 tanpa sebarang masalah besar sekaligus menunjukkan Malaysia bukan sahaja mempunyai pelumba berwibawa malah juga pelumba pelapis yang berkebolehan.

Selain Azizul, pelumba lain yang turut berpotensi besar adalah Mohd. Rizal Tisin yang menjuarai acara 1km ujian masa lelaki serta Junaidi Nasir dan Mohammad Edrus Md. Yunos yang bersama Azizul menjuarai acara pecut berpasukan.

Begitu pun pelumba-pelumba lain terutama wanita tidak kurang menonjol juga dari segi prestasi kerana kadang kala nasib juga memainkan peranan besar dalam sebuah kemenangan.

Pelumba seperti Uracca Leow yang menang satu perak (3km kejar mengejar individu) dan gangsa (perlumbaan mata) serta Fatehah Mustapha yang menang dua gangsa (200m pecut dan 500m ujian masa) masih mempunyai banyak masa untuk digilap lagi.

Cuma di kalangan mereka, pelumba yang mengalami nasib paling malang ialah Nor Azian Alias apabila demam menghalangnya untuk mempertahankan pingat emas acara lebuh raya dan memenuhi status sebagai juara Asia dalam acara perlumbaan mata.

Kita juga gagal dalam mempertahankan pingat emas acara lebuh raya lelaki apabila Suhardi Hassan juga tidak bernasib baik apabila dipintas di saat akhir untuk sekadar berpuas hati dengan pingat perak sahaja.

Acara basikal bukit pula menepati status sebagai atlet kategori B apabila pulang dengan tangan kosong dan pencapaian yang kurang memberansangkan.

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: