Laos gugur 20 jenis sukan

Utusan Malaysia, 16/12/2007

SINGAPURA – Laos bercadang untuk menggugurkan 20 jenis sukan pada Sukan SEA akan datang dengan hanya mempertandingkan 25 acara berbanding 45 ketika ini, di mana tiada ruang buat petanque, silat dan timang bulu ayam.

Acara reben biru termasuk olahraga, bola sepak dan renang kekal pada edisi ke-25 Temasya, namun sukan kurang popular seperti pelayaran dan gimnastik berada dalam kedudukan terancam.

“Brunei hanya mempertandingkan 23 sukan (Sukan SEA 1999). Kami juga negara yang kecil dan ini adalah kali pertama kami menjadi tuan rumah Temasya utama,’’ kata naib presiden Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Laos, Phouthong Sengakhom.

Sengakhom, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, presiden Jawatankuasa Sukan Nasional Laos dan presiden Jawatankuasa Olimpik Nasional Laos berkata, bajet Temasya berkenaan adalah sekitar AS$80 juta.

Kira-kira AS$50 juta akan digunakan untuk pembinaan kompleks sukan baru yang lengkap dengan fasiliti dan mampu menampung 20,000 penonton.

Ia akan menjadi stadium terbesar di negara itu, yang hanya mempunyai 6 juta penduduk.

Sukan SEA ke-25 dijadual berlangsung pada bulan Disember, 2009.

Jawatankuasa Pengelola Laos bagaimanapun memerlukan kelulusan daripada majlis Persekutuan Sukan SEA sebelum menetapkan jumlah sukan yang dipertandingkan.

Sukan SEA 2007 yang diadakan di daerah Nakhon Ratchasima, Thailand berakhir semalam selepas dibuka pada 6 Disember lalu.

– Reuters

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: