Chrystal bersinar di hari terakhir

Utusan Malaysia, 16/12/2007

KORAT – Ketika sentuhan pemenang empat pingat emas 2005, Foong Siew Ting seakan tidak menjadi pada Sukan SEA Korat kali ini, Chrystal Lim pula bangkit menebus kegagalan rakan senegaranya dengan meraih tiga daripada empat pingat emas gimnastik berirama (gimrama) individu, semalam.Gimnas kelahiran Georgetown, Pulau Pinang berusia 19 tahun ini memenangi disiplin tali, belantan dan reben serta hanya kalah untuk meraih sebutir perak bagi gelung pada hari terakhir temasya dwi tahunan ke-24 ini di Stadium Tertutup Ulang Tahun Keputeraan Raja Thailand.Dia memungut masing-masing 15.475 mata (tali), 15.975 mata (belantan) dan 15.425 mata (reben) tetapi hanya meraih 15.525 mata sekali gus terlepas emas keempat kepada gimnas Thailand, Tharatip Sridee yang memenangi gelung dengan 16.050 mata.Siew Ting pula meraih tiga gangsa bagi tali (15.100 mata), belantan (15.250 mata) dan reben (14.600 mata) manakala seorang lagi gimnas Malaysia, Jaime Lee menyambar sebutir gangsa daripada gelung (14.200 mata).Kata Chrystal: “Saya agak bimbang dengan pengadilan yang mungkin berat sebelah kepada tuan rumah tetapi tidak begitu mempedulikan persembahan lawan kerana yakin dapat melakukan persembahan terbaik.“Saya cuma sasarkan satu emas menerusi reben dan tidak sangka dapat tiga emas. Saya bersyukur setelah di Filipina 2005 dan Vietnam 2003 saya cuma dapat satu emas dalam berpasukan.”“Tiga emas ini ditujukan kepada ibu saya yang turut bersusah payah mereka dan menjahit labuci pada pakaian saya untuk bertanding di Korat,” kata anak seorang pakar mata ini.

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: