Badminton terima padah

Utusan Malaysia,17/12/2007

KORAT – Malaysia memiliki ramai pemain terbaik badminton dunia ketika ini tetapi gara-gara menghantar skuad kelas dua pada Sukan SEA kali ini jelas membawa padah apabila skuad negara pulang tanpa sebutir pun pingat emas.

Boleh dikatakan sejak badminton dipertandingkan pada temasya ini, skuad negara tidak pernah terlepas membawa pulang emas dalam tempoh yang agak lama.

Paling busuk pun satu emas tetap dibawa pulang. Dua tahun lalu di Filipina, kita meraih dua emas menerusi berpasukan lelaki dan beregu wanita.

Tetapi di sini, hanya empat gangsa berjaya skuad badminton memenanginya apabila kita tewas dalam acara berpasukan lelaki dan wanita kepada Singapura di separuh akhir.

Ramai yang tertanya-tanya, atas alasan apa Lee Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim, Wong Choong Hann, gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Chong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari tidak disenaraikan ke Sukan SEA kali ini.

Mungkin pasukan wanita boleh dimaafkan atas alasan faktor kecederaan Wong Mew Choo dan pemain beregu, Eei Hui.

Terlalu sukar menerima hakikat kita tidak menurunkan barisan lelaki terbaik seperti Indonesia dengan Taufik Hidayat, Sony Dwi Kuncoro, Simon Santoso dan Markis Kido-Hendra Setiawan di Korat.

Apakah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terlalu ego atau lebih mementingkan Sukan Olimpik Beijing yang masih lagi jauh tarikhnya tetapi awal-awal lagi sudah cemas tidak bertempat?

Kita akui, BAM mempunyai cita rasa cukup besar tetapi jangan nanti berlaku keadaan di mana `yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Tidak mudarat rasanya peluang mereka ke Olimpik dan jika mahu pemain berehat sekali pun, selepas Sukan SEA atau berakhirnya saingan Siri Super, mereka punya banyak masa untuk berbuat demikian.

– Utusan

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: