10 sukan penuhi sasaran emas

Utusan Malaysia,17/12/2007

KORAT – Lapan sukan boleh pulang daripada Sukan SEA kali ini dengan bangga dan perasaan lega apabila berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sukan-sukan itu adalah gimnastik (2 emas), olahraga (7), wusyu (2), triathlon (1), skuasy (1), hoki (2), polo (1), boling (4), boling padang (4) dan taekwondo (2).

Gimnastik selepas era Ng Shu Wai dan Ng Shu Mun yang bersara ternyata tidak sehebat dua tahun lalu ketika mereka bersama gimrama membawa pulang 10 emas untuk muncul penyumbang tertinggi kepada kontinjen negara.

Namun kali ini berbekalkan barisan muda kebanyakannya, gimnastik artistik hanya mampu meraih dua emas menerusi Chan Sau Wah (uneven bar wanita) dan Ooi Wei Siang (horizontal bar lelaki).

Selain itu mereka turut memenangi dua perak dan empat gangsa di Korat ini. Pencapaian ini jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan lima emas pada temasya di Filipina dua tahun lalu.

Gimrama pula walaupun menurun daripada pencapaian 2005 tetapi masih mampu menyumbang empat emas kali ini, kurang satu berbanding dua tahun lalu.

Emas gimrama diraih menerusi Lim Wen Chean (belantan, riben, tali individu) dan satu acara berpasukan (Wen Chean, Foong Seow Ting dan Jamie Lee).

Olahraga menepati sasaran MSN tetapi gagal menepati sasaran Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang mengharapkan 10 emas.

Di sebalik kemelut yang dihadapi sukan-sukan berbentuk subjektif, wusyu masih mampu mencapai sasaran walaupun tuan rumah kali ini menggabungkan beberapa disiplin untuk mendapatkan satu pingat emas.

Chai Fong Ying misalnya terpaksa melalui dua rutin berasingan iaitu taijiquan dan taijijian untuk meraih emas pertama negara sebelum Diana Bong yang beraksi tiga rutin memenangi emas nanquan wanita.

Taekwondo juga berdepan masalah mutu pengadilan tetapi masih mampu meraih emas menerusi dua atlet yang sudah pun melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing iaitu Elaine Teo dan Che Chew Chan.

Hoki pula memang tidak ada masalah untuk meraih emas menerusi pasukan lelaki dan wanita kerana kita adalah kuasa hoki di rantau Asia Tenggara ini.

Begitu juga dengan boling padang, Malaysia mempunyai ramai pemain yang bertaraf dunia dan lebih baik berbanding negara-negara Asia Tenggara lain untuk menyapu empat daripada enam emas yang ditawarkan pada Sukan SEA kali ini menerusi beregu lelaki dan wanita serta trio lelaki dan wanita.

Triatlon menerusi Kimberley Yap dalam bahagian wanita dan pasukan kuda polo pula melengkapkan pungutan pingat emas Malaysia dengan masing-masing meraih satu emas seperti yang dijangkakan.

Tenpin boling selain mencapai sasaran turut memperbaiki pencapaian di Filipina apabila menang tiga emas ketika itu.

Kali ini dengan empat emas, sukan ini boleh dianggap masih menjadi lubuk emas negara dalam menyekat penguasaan Thailand dan Filipina.

Pingat emas di Korat ini diraih menerusi acara beregu wanita, beregu campuran, trio wanita dan lima sepasukan wanita.

– Utusan

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: