12 acara masih tanda tanya

November 16,2007 > Berita Harian Online

“SELAGI masih belum menerima hitam putih daripada penganjur, selagi itulah kami menganggap bahawa semua 12 acara itu akan diteruskan,” kata Chef-de-Mission Malaysia ke Sukan Sea XXIV, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengulas mengenai perkhabaran terbaru mengenai kemungkinan pembatalan jumlah 12 acara itu di Thailand berikutan kegagalan memenuhi peraturan minimum penyertaan peserta.

Zainal yang ditemui pada sesi lawatan ke persiapan skuad skuasy negara di Bukit Jalil, semalam mengulas mengenai laporan Bernama dari Bangkok, kelmarin yang memetik Setiausaha Jawatankuasa Penganjur, Prof Charoen Wattanasin menyuarakan kemungkinan pembatalan 12 acara tersebut berikutan hanya dua negara menyenaraikan peserta dalam acara berkenaan sedangkan peraturan sukan itu menetapkan bahawa sesuatu acara itu hanya boleh diadakan sekiranya ia disertai sekurang-kurangnya empat negara.

Acara yang berada dalam senarai bahaya adalah skeet, trap and double trap dalam acara menembak (hanya Thailand dan Vietnam mendaftarkan diri), luncur angin wanita dalam acara kapal layar (Thailand, Malaysia), angkat berat wanita 48 kilogram dan 76kg ke atas (Thailand, Malaysia), ekuestrian individu dan berpasukan (Thailand, Malaysia), skuasy perseorangan wanita (Thailand, Malaysia), Muaythai kategori bantamweight dan lightweight (Thailand, Filipina) dan lumba basikal turun bukit wanita (Thailand, Malaysia).

“Selagi kami masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada penganjur, persiapan akan diteruskan seperti biasa. Datuk Sieh (Kok Chi, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia) tidak memberitahu apa-apa kepada saya mengenai pembatalan tersebut.

“Seperti yang kami tahu, tiada berlakunya sebarang perubahan. Saya dengar esok (hari ini) ada mesyuarat (teknikal) Sukan Sea, keputusannya akan diketahui nanti,” katanya.

Begitu pun skuasy wanita perseorangan tetap akan diteruskan berikutan keputusan penganjur untuk meneruskan acara tersebut biarpun dengan penyertaan dua negara.

Meskipun hanya menampilkan Malaysia dan Thailand, ia tetap memenuhi syarat penyertaan minimum dengan masing-masing menurunkan dua peserta menjadikan empat keseluruhan.

“Kami tidak menerima sebarang khabar berita daripada persatuan (skuasy) Thailand mengenai pembatalan. Mereka sudah membelanjakan banyak wang untuk membawa masuk gelanggang kaca dari China, takkan mereka akan membatalkannya begitu saja.

“Dengan dua negara yang menyertai skuasy wanita, kejohanan itu tetap akan diteruskan menerusi liga sepusingan,” kata Setiausaha Kehormat Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM), K Sivanesan.

Skuad wanita masing-masing akan diwakili pemain kedua dan ketiga negara, Sharon Wee dan Tricia Chuah manakala Mohd Nafzahizam Adnan dan Elvinn Keo menjadi taruhan SRAM pada kali ini.

~ by missjewelz on November 16, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: