Mariana dapat bekalan mantap ke Sukan Sea

November 14,2007 Berita Harian Online 

HARAPAN meraih sekurang-kurangnya satu emas daripada acara duathlon pada temasya Sukan Sea 2007 di Thailand, hujung tahun ini, makin cerah apabila Mariana Mohamad muncul atlit wanita terbaik Asia Tenggara dalam acara Malakoff Powerman Malaysia di Sri Manjung kelmarin.

Dalam acara itu, ibu kepada dua anak itu menyempurnakan pakej acara berkenaan iaitu 11 kilometer larian diikuti fasa kedua dengan berbasikal sejauh 64 kilometer dan diakhiri dengan larian 10 kilometer, bagi menduduki tempat keempat dengan catatan masa 3:23:51s.

Tempat pertama diraih pelari profesional Hungary, Erika Csomor yang juga juara dunia dalam acara berkenaan. manakala seorang lagi juara dunia, Joerie Cansteelant dari Belgium muncul pemenang kategori lelaki.

 

Marina ketika ditemui di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam berkata, tumpuannya kini adalah untuk melakukan yang terbaik pada Sukan Sea hujung tahun ini.

“Saya pasti diberikan saingan yang tinggi daripada Analiza Dysangco dari Filipina yang sebelum ini turut menunjukkan prestasi terbaik di beberapa kejohanan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, sandaran pingat untuk acara lelaki di Thailand kelak, Shahrom Abdullah, turut menunjukkan prestasi memuaskan apabila menduduki tempat ketujuh dalam acara berkenaan.

Dia bagaimanapun diberi saingan hebat oleh seorang lagi peserta Filipina, Brian Mendoza yang berada kira-kira lima minit di depannya.

“Saya akan cuba memperbetulkan teknik larian dan berbasikal bagi memastikan dapat menumpaskan beliau dalam temasya dwitahunan itu yang akan diadakan di Pattaya, kelak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, berkata beliau yakin kemampuan peserta duathlon ini berdasarkan prestasi mereka di peringkat antarabangsa.

“MOM menyenaraikan hampir kesemua atlit acara ini dalam kategori A kerana prestasi mereka setakat ini amat memberangsangkan,” katanya.

~ by missjewelz on November 14, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: