Duatlon mampu beri pingat

November 14, 2007 myMetro

DUATLON, acara baru dalam senario sukan negara, tampak seperti akan membantu dalam meningkatkan bilangan pingat Malaysia di Sukan Sea Korat 2007, jika persembahan atlit kebangsaan seperti Mariana Mohamad (gambar) dan Shahrom Abdullah di Malakoff Powerman Malaysia yang berakhir kelmarin, diambil kira.

Mariana dan Shahrom menduduki tempat keempat dan ketujuh dalam acara elit wanita dan lelaki yang dimenangi juara dunia lelaki dan wanita, Joerie Vansteelant dari Belgium dan Erika Csomor, Hungary.

Acara duatlon itu membabitkan 11km larian, 64km berbasikal dan 10km larian.

Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi berkata, persembahan Shahrom dan Mariana di kejohanan Powerman itu secara tidak langsung akan memastikan mereka meraih pingat di Sukan Sea nanti.

“Mengambil kira kedua-duanya tidak cedera atau sakit, mereka berkedudukan baik untuk memenangi pingat Sukan Sea kerana masing-masing sudah membuktikannya ketika bertanding menentang yang terbaik di dunia dan rantau sebelah sini,” katanya.

~ by missjewelz on November 14, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: