Memanah: Cheng Chu mara ke pusingan ketiga
BEIJING _ Pemanah Malaysia, Cheng Chu Sian mara ke pusingan ketiga acara recurve individu Sukan Olimpik Beijing manakala rakan sepasukannya, Muhammad Marbawi Sulaiman terkandas dalam pusingan pertama hari ini.
Chu Sian menang 109-101 ke atas pemanah Australia, Matthew Gray dalam pusingan pertama sebelum menumpaskan Matti Hatava dari Finland 110-103 dalam pusingan kedua di Padang Memanah Olimpik Green itu.
Marbawi pula kecundang kepada Chen Szu Yuan dari Taiwan,107-106. Sementara Wan Khalmizan Wan Abd. Aziz juga gagal selepas tewas kepada pemanah dari Romania, Bodnar Alexandru 106-105.

Leave a Reply