Pelumba LTdL suka laluan landai
Oleh Azidan Nahar
KELEBIHAN di laluan landai pada edisi ke-13 Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini akan menentukan sama ada semua pelumba negara akan berjaya menampilkan sejarah untuk muncul pemenang peringkat buat pertama kali pada saingan pembukaan, hari ini.Pelumba negara, sama ada dari pasukan benua, Letua, pasukan kebangsaan Malaysia, MCF Cycling Team mahupun dua lagi pelumba yang beraksi bersama pasukan luar, Ng Yong Li dan Loh Sea Keong di atas kertas memiliki peluang melakukanya walaupun ia pasti tidak semudah yang dijangka.Rata-rata menyifatkan perlumbaan yang akan bermula di Alor Star dan tamat di Kuala Lumpur perlumbaan kriterium pada Peringkat 9 nanti memberi kelebihan buat pelumba negara yang julung-julung kali punya peluang untuk berdiri sama tinggi dengan peloton dari Eropah.
Juara tiga peringkat Jelajah Malaysia yang juga pemanas badan LTdL kali ini, Anuar Manan dari LeTua bernada positif dalam memperkatakan peluangnya sambil menjelaskan kelebihan akan berpihak kepada pakar pecut sepertinya.”Memang ada kelebihan dan saya akan gunakan pengalaman pada musim lalu untuk cuba mendapatkan satu kemenangan peringkat. Laluan kali ini landai, tiada lagi kayuhan yang begitu teruk ke puncak Genting (Highlands).”Ia lebih bagus berbanding tahun lalu,” kata Anuar yang memiliki pencapaian terbaik di tempat kesembilan pada Peringkat 4 dari Gua Musang-Kota Bharu dalam penampilan pertamanya musim lalu.
“Bagaimanapun kami sedar perlu berhati-hati kerana banyak laluan akan mendapat kelebihan daripada tiupan angin, kami perlu memperbaiki teknik kayuhan supaya tidak ditinggalkan peloton,” katanya.

Leave a Reply