Analisis pencapaian Harimau Malaysia

Berita Harian Online, 17/12/2007

BOWLINGSasaran: 4 emasKutipan pingat: 4 emas 3 perak 6 gangsaPENYUMBANG kutipan pingat paling banyak di Bangkok serta Pattaya dengan pujian harus diberi terhadap pemain wanita yang menunjukkan aksi terbaik menerusi gandingan muda dan lama.

 

Sasaran empat pingat emas tercipta pada hari penamat saingan menerusi Shalin Zulkifli dan Zulmazran Zulkifli, seterusnya menjadikan Malaysia pemenang paling banyak pingat berbanding lawan lain kali ini.EKUESTRIANSasaran: 4 emasKutipan pingat: 4 emas 2 perak 1 gangsa

MISI mengejar sasaran empat emas itu berjaya digenggam apabila Malaysia menyapu bersih empat pingat emas pertama yang dipertandingkan.Qabil Ambak wajar dijulang selaku wira apabila memainkan peranan dalam kesemua empat gapaian emas itu, ketika barisan eventing negara tetap diberi pujian apabila memenangi satu perak dan satu gangsa dalam kemunculan sulung mereka.FUTSALSasaran: Separuh akhir (lelaki/wanita)Kutipan pingat: Perak (lelaki)

SKUAD lelaki yang mensasarkan separuh akhir tampil garang merebut tempat di final berdepan juara Asia, Thailand yang bagaimanapun masih terlalu tinggi tahap kemampuan untuk disaingi.Pencapaian pingat perak itu bagaimanapun tetap memuaskan ketika skuad wanita membuktikan betapa jika diberi peluang dan pendedahan lebih luas, mereka mampu mencabar hasil bukti berjaya mara ke separuh akhir kali ini.BOLA BALINGSasaran: 1 perakKutipan pingat: 2 gangsaHADIR menerusi kategori B, Malaysia datang ke Sukan Sea memburu pingat perak, tetapi hanya berpuas hati dengan pencapaian gangsa dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita.Ternyata Thailand dan Vietnam sudah terlalu jauh meninggalkan Malaysia dalam sukan ini dengan adanya liga yang sudah semakin mendapat tempat di sana.HOKISasaran: 2 emasKutipan pingat: 2 emasMENEPATI sasaran dengan mudah apabila membelasah lawan masing-masing dengan jumlah jaringan besar.Tanpa cabaran sengit, skuad hoki seharusnya menjadikan Sukan Sea sebagai acara pemanas badan dan memperkenalkan pemain muda untuk saingan lebih mencabar.LAWN BOWLSasaran: 6 emasKutipan pingat: 4 emas 1 perak 1 gangsaMENCIPTA keraguan apabila mengisytiharkan enam emas selaku sasaran sebelum ke Sukan Sea, matlamat itu nyata meleset apabila hanya empat menjadi kenyataan.Malang masih menimpa Siti Zalina Ahmad apabila gagal mencari emas pertama perseorangan Sukan Sea sejak 2001 apabila tewas kepada lawan sama, Songsin Tsao ketika pemain ranking pertama dunia, Safuan Said, turut mengecewakan.PELAYARANSasaran pingat: 5 emasKutipan pingat: 2 emas 2 perak 4 gangsaLIMA emas yang disasarkan tidak jadi kenyataan buat skuad pelayaran dengan acara laser menjadi penyelamat hasil dua emas menerusi Nurul Elia Anuar dan Mohd Romzi Muhamad.MENEMBAKSasaran: 4 emasKutipan pingat: 2 emas 3 perak 5 gangsaBIDIKAN skuad menembak tersasar dengan hanya dua emas acara 25m rapid fire pistol lelaki berpasukan serta 50m rifle prone wanita berpasukan dengan tiada emas buat acara individu.Sukan menembak sentiasa mencetus kontroversi sejak dahulu dan tidak terkecuali kali ini dengan Thailand didakwa memiliki kelebihan, terutama tempat pertandingan dan ‘perkara-perkara lain’ yang membantu. Namun kemaraan Hasli Izwan Amir Hassan ke Sukan Olimpik mengubat kehampaan itu.SKUASYSasaran: 1 emasKutipan pingat: 1 emas 1 perakBELUM ada siapa dapat menandingi barisan pemain Malaysia di Asia Tenggara dan itu terbukti apabila dua pemain muda negara dengan mudah mara ke final.Final yang seakan milik Nafzahizam Adnan bagaimanapun dirampas Elvinn Keo dengan skuasy menampakkan petanda mampu meningkat hasil kehadiran jumlah penonton ramai menyaksikan saingan kali ini.TRIATHLONSasaran: 2 emasKutipan pingat: 1 emasKIMBERLEY Yap menepati statusnya sebagai wanita lasak Sukan Sea sekali lagi selepas keputusan mengejutkan di Manila, dua tahun lalu, apabila menunjukkan bahawa usaha dicurahkannya selama ini berjaya mendatangkan hasil dimahukan.Acara duathlon yang baru dipertandingkan kali ini tidak menjadi milik negara dan atlit negara untuk acara itu seharusnya hadir dengan lebih bersedia terutama berdepan peserta Filipina.BESBOLSasaran: Separuh akhirKutipan pingat: TiadaSECARA mudah, besbol memang tidak diharap untuk mencipta kejutan dengan sasaran ke separuh akhir sekalipun gagal untuk dipenuhi oleh barisan yang jadi belasahan ketika kemunculan sulung di Manila, dua tahun lalu.Cuma kali ini, ada kemenangan sulung dicatat ke atas muka baru, Kemboja. Tetapi apabila berdepan lain-lain pencabar, Malaysia jelas akur betapa tahap sedia ada masih jauh ketinggalan.KENUSasaran: layak ke finalKutipan pingat: TiadaTiada atlit negara benar-benar tampil memberi saingan untuk negara lain yang kelihatan lebih bersedia memungut setiap pingat yang dipertandingkan.MENDAYUNGSasaran: sebarang pingatKutipan pingat: TiadaPERBEZAAN taraf jelas kelihatan kerana dalam dua penampilan di final, acara singles skulls lelaki dan lightweight lelaki, hanya tempat terakhir menjadi milik pendayung negara yang keletihan untuk menamatkan saingan.Mengambil kira faktor untuk hanya meraih pendedahan, mereka mungkin berjaya, tetapi tempat tercorot bukanlah sesuatu yang harus kekal sampai bila-bila.PERLUMBAAN BOT TRADISIONALSasaran: TiadaKutipan pingat: TiadaTEMPAT terakhir di kalangan enam negara dengan hanya satu final menceritakan betapa masih jauh perjalanan sukan ini untuk berada di tahap sama dengan pencabar lainnya.POLOSasaran: 1 emasKutipan pingat: 1 emasREPUTASI besar selaku kuasa utama Asia Tenggara dipenuhi tanpa kesukaran apabila pemain negara dengan pendedahan dan pengalaman luas nyata tiada tandingan dalam laluan meraih pingat emas.Tempoh 24 tahun tanpa acara ini dipertandingkan dalam Sukan Sea sebelumnya nyata bukan masalah kerana negara memiliki lebih 300 pemain berkemampuan untuk bekalan skuad negara ketika ini.ANGKAT BERATSasaran: 1 emasKutipan pingat: 1 perak 1 gangsaPENYERTAAN kali pertama tiga atlit wanita selain lima lelaki kurang menyerlah apabila hanya membawa pulang satu perak menerusi Che Mohd Azrol Che Mat (105kg) dan Naharudin Mahayudin (62kg) meraih gangsa.Penyertaan atlit wanita juga dilihat sebagai satu pencapaian baik apabila Raihan Yusoff memecah rekod kebangsaan dalam kategori 59kg, manakala atlit lain pulang hampa.BADMINTONSasaran: 1 emasKutipan pingat: 4 gangsaTINDAKAN disifatkan sebagai tidak patriotik menyaksikan pemain utama negara bertaraf dunia tidak beraksi kali ini, menyebabkan negara gagal meraih sebarang pingat emas.Berbanding di Manila dengan membawa pulang 2 emas, 1 perak dan 6 gangsa, pasukan badminton negara dibarisi muka baru sekadar membawa pulang pingat gangsa dalam edisi ke-24 kali ini.BINA BADANSasaran: tiadaKutipan pingat: tiadaMALAYSIA tidak mengharapkan sukan ini membawa pulang pingat dan hanya menghantar tiga atlit menerusi kategori B. Seperti dijangka, sukan subjektif ini tidak memihak kepada atlit kebangsaan, menyaksikan tuan rumah menyapu kebanyakan daripada 5 pingat ditawarkan.BILIARD DAN SNUKERSasaran: tiadaKutipan pingat: 1 emas 3 perak 2 gangsaKERINGAT Moh Keen Ho yang tertumpah untuk meraih pingat emas ke-64 negara, sekali gus melonjakkan kedudukan ke tangga kedua dan menepati sasaran emas Majlis Sukan Negara (MSN), menjadi detik gemilang paling diingati.Kejayaannya dalam acara snuker perseorangan diiringi tiga pingat perak – beregu, berpasukan dan beregu billiard Inggeris – selain dua gangsa acara 8 ball dan berpasukan 9 ball lelaki.JUDOSasaran: tiadaKutipan pingat: tiga gangsaSATU lagi sukan subjektif yang menyaksikan peserta negara gagal membawa pulang kilauan pingat lebih bernilai daripada gangsa. Ketika jurulatih dan kontinjen berusaha keras membantah keputusan pengadil berat sebelah, ia tidak membawa erti ketika tuan rumah membolot segala-galanya.KARATE-DOSasaran: 4 emasKutipan pingat: 8 emas 3 perak 5 gangsaSELURUH kontinjen negara, terutama pasukan yang gagal menepati sasaran, perlu berterima kasih kepada sukan ini kerana gapaian lapan emas, tiga perak dan lima gangsa – pencapaian tertinggi sesebuah pasukan negara di Korat.Sebelum ke gelanggang, pasukan bimbang pengadil akan berat sebelah, tetapi aksi hebat atlit negara memadam segala kerisauan dan memberi momentum buat kontinjen negara menepati sasaran emas yang ditetapkan.Kilauan emas diraih R Puvaneswaran, S Mahendran, Jamalliah Jamaluddin, G Yamini, Ku Jin Keat, Lim Lee Lee dan Lim Yoke Wai yang membawa pulang dua emas.PING PONGSasaran: tiadaKutipan pingat: 1 perak 2 gangsaKEJAYAAN Ng Sock Khim meraih pingat perak acara perseorangan wanita melakar detik sejarah baru sukan ini. Ia dianggap pencapaian tertinggi terutama ketika berdepan pasukan Singapura yang dibarisi pemain import dari China.Sementara itu, beregu lelaki turut meraih gangsa dan satu lagi gangsa daripada pasukan wanita.RAGBISasaran: tiadaKutipan pingat: tiadaKEMAMPUAN muncul pasukan tidak kecundang pada saingan round robin awal bagaimanapun gagal diteruskan apabila tersembam pada separu akhir untuk berputih mata tanpa sebarang pingat.BOLA LISUTSasaran: tiadaKutipan pingat: tiadaSUKAN kali pertama dipertandingkan di Sukan Sea Manila, dua tahun lalu, ia bukanlah acara kegemaran negara dan buktinya ketara apabila pulang dengan tangan kosong, tanpa mampu mengulangi pencapaian gangsa sebelumnya.SUKAN TARIANSasaran: tiadaKutipan pingat: 1 gangsaACARA pelik yang dimasukkan dalam Sukan Sea, ia bukan tandingan atlit negara apabila hanya meraih satu gangsa, dalam acara tarian Latin America Rumba.TAEKWONDOSasaran: 2 emasKutipan pingat: 2 emas 1 perak, 5 gangsaELAINE Teo dan Che Chew Chan, yang bertanding acara bawah 51kg dan bawah 72kg, menepati sasaran MSN untuk mengumpul dua emas. Lebih manis, kejayaan emas ini mengiringi kejayaan mereka layak ke Olimpik 2008.WUSHUSasaran: 2 emasKutipan pingat: 2 emas 2 perak, 1 gangsaKEJAYAAN menepati sasaran dua emas melegakan skuad wushu hasil persembahan mantap Chai Fong Ying acara taijiquan wanita dan Diana Bong yang meraih emas acara nanquan wanita.Kemampuan Fong Ying, juga juara Asia kategori sama, dan Diana mengubat duka pasukan Dhuilian lelaki yang mempamerkan aksi lebih hebat tetapi hakim memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumahAKUATIK (Renang & Terjun)Sasaran: 8 emasKutipan pingat: 14 emas 15 perak, 11 gangsaSEKALIPUN dibelenggu beberapa masalah termasuk persediaan kurang rapi, akuatik berjaya melepasi sasaran dengan memungut tujuh emas dalam renang – pencapaian kedua terbaik selepas Kuala Lumpur 2001 – dan tujuh di kolam terjun.Dua perenang utama, Siow Yi Ting dan Daniel Bego, menyumbangkan satu emas tetapi peningkatkan mendadak Khoo Cai Lin yang menyumbang dua emas serta perenang muda, Lew Yih Wey turut mencipta nama.Di kolam terjun, atlit Malaysia tiada tandingan serta berada dalam kelas tersendiri berbanding penerjun Asia Tenggara lain memenangi sejumlah tujuh daripada 10 emas.MEMANAHSasaran: 3 emasKutipan pingat: 2 emas 2 perak, 1 gangsaGAGAL mencapai sasaran tiga emas, hanya menyumbangkan emas melalui individu lelaki oleh Cheng Chu Sian dan berpasukan lelaki recurve ketika pasukan wanita recurve dan skuad compound gagal mengulangi kejayaan emas dua tahun lalu.Di Manila dua emas disumbangkan melalui pasukan compound lelaki dan wanita tetapi kali ini kedua-duanya gagal menyumbangkan sebarang pingat.BOLA KERANJANGSasaran: tiadaKutipan pingat: 1 emas 1 gangsaSKUAD wanita menampilkan aksi menakjubkan untuk memenangi emas pada perlawanan akhir penuh dramatik dengan mengalahkan tuan rumah, Thailand, dengan hanya satu mata, 61-60.Pasukan lelaki pula memberi pingat gangsa. Lebih penting, kejayaan skuad wanita ketika berdepan ujian penyokong lawan, wajar diberi pujian. Seharusnya mendapat anugerah pasukan terbaik Malaysia pada Sukan Sea kali ini.LUMBA BASIKALSasaran: 6 emasKutipan pingat: 4 emas 4 perak 4 gangsaGAGAL mencapai sasaran enam emas yang disandarkan Majlis Sukan Negara (MSN) tetapi sejumlah empat emas daripada acara trek sudah cukup menjulang skuad ini selaku juara keseluruhan.Penampilan Mohd Rizal Tisin dan Josiah Ng tidak tandingan cuma agak mengecewakan ialah kegagalan pasukan lebuh raya dan pelumba wanita menyumbangkan pingat emas.LAWAN PEDANGSasaran: tiadaKutipan pingat: 2 gangsaGAGAL menampilkan aksi cemerlang di Korat dan tidak mempunyai apa-apa sasaran pada temasya ini. Gangsa disumbangkan Zairul Zaimi Mohd Arsad dalam individu foil lelaki dan epee berpasukan.BOLA SEPAKSasaran: TiadaKutipan pingat: tiadaTAMPIL dengan sasaran memenangi emas oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), serta digembar-gemburkan mampu menamatkan kemarau emas, skuad B-23 B Sathianathan tersekat di peringkat kumpulan dan gagal ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2001.GOLFSasaran: tiadaKutipan pingat: 2 gangsaTIADA pencapaian membanggakan apabila hanya memenangi dua gangsa dalam acara individu lelaki dan wanita.GIMNASTIKSasaran: 2 emas (artistik), 5 emas (gimrama)Kutipan pingat: 6 emas (2 artistik, 4 gimrama), 4 perak, 9 gangsaTANPA Ng Shu Wai, gimnastik artistik lelaki agak pincang apabila hanya meraih emas acara individu lelaki melalui Ooi Wei Siang dalam palang sejajar serta satu emas lagi oleh Chan Sau Wah dalam palang tidak selari wanita.Pengadilan berat sebelah mengakibatkan gimnas berirama negara hanya membawa pulang empat daripada lima yang disasarkan. Lim Wen Chean bagaimanapun layak dipuji dengan tiga emas acara individu yang dimenanginya.BOLA TAMPAR PANTAISasaran: tiadaKutipan pingat: 1 gangsaBERJAYA menyumbangkan satu gangsa melalui gandingan Beh Shu Ting-Luk Teck Hua yang mengalahkan pasukan Indonesia, Devota-Yokbeth 21-12, 21-7.SILATSasaran: 3 emasKutipan pingat: 1 perak, 6 gangsaPALING mengecewakan antara sukan yang gagal menepati sasaran pingat emas apabila hanya Rina Jordana Adnan berjaya mara ke final tetapi gagal, selain hanya enam pingat gangsa.Kontroversi akibat penganjur menghadkan berat badan acara 80kg ke atas, menyebabkan Malaysia menerima padah kerana harapan emas jika ianya dilangsungkan tanpa syarat berat badan, tidak kesampaian.PETANQUESasaran: tiadaKutipan pingat: 3 gangsaHANYA membawa pulang tiga gangsa di sebalik ikrar cuba meraih sekurang-kurangnya satu emas, sekali gus gagal mencapai sasaran persatuan. Gangsa menerusi Saiful Bahri Musmin, Rabiah Abdul Rahman dalam perseorangan wanita dan beregu wanita.OLAHRAGASasaran: 7 emasKutipan pingat: 7 emas, 3 perak, 9 gangsaMENGECEWAKAN selepas Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) – mungkin tanpa usul periksa secara rapi – mencanangkan 10 emas sebagai sasaran, tetapi hanya tujuh menepati sasaran MSN.Beberapa atlit berjaya memecahkan rekod kebangsaan seperti Ngew Sin Mei dalam lompat kijang wanita dan M Vadivelan dalam 1,500 meter lelaki tetapi belum cukup untuk emas. Kebanggaan ialah lahirnya jaguh baru 110 berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian yang menang emas dan memecahkan rekod Sukan Sea.TINJUSasaran: tiadaKutipan pingat: 2 perak 3 gangsaPULANG dengan dua perak dan tiga gangsa – satu peningkatan berbanding dua tahun lalu apabila sekadar meraih tiga gangsa. Ia juga kali pertama pingat perak diperolehi sejak temasya 2001.Dua peninju menyumbang perak ialah Zamzai Azizi (48kg) dan Mohd Farkhan Mohd Haron (69kg) ketika gangsa disumbang Mohammad Ali Abdul Karim (51kg), Eddy Kalai (57kg) dan Paulus Paunandes (60kg).

~ by missjewelz on December 17, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: